Posts Tagged ‘Traveler’

Kuala Lumpur | I’m Back

May 3, 2009
© 2009 Wazari Wazir

© 2009 Wazari Wazir

Syukur Alhamdulillah, lebih kurang jam 6:17am waktu tempatan 1 May ( saya terbang dari Buenos Aires 29 April 8:20pm mlm waktu Buenos Aires ), waktu Malaysia pesawat MAS yang membawa saya terbang jauh dari Buenos Aires Argentina selamat mendarat di Lapanagn Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lancar sekali pendaratannya, disambut dengan senyuman oleh para penumpang sekalian. Perjalanan kami berhenti di dua tempat di Afrika selatan iaitu di Cape Town dan di Johannesburg. Dari Buenos Aires ke Cape Town mengambil masa 7 jam dan dari Cape Town ke Johannesburg ke mengambil masa lebih kurang sejam lebih.

Sempat jugak saya keluar dari pesawat masa stopover yang cuma sejam lamanya, bila lagikan, dapat jalan-jalan di airport pun cukuplah walaupun tak dapat keluar. Kemudian dari Johannesburg ke Kuala Lumpur mengambil masa 9 jam 25 min, lebih kurang macam tu la, tapi perjalanan mungkin mengambil masa yang lebih lama kalau perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johannesburg pasal kita mengikut arah bumi berputar, mungkin you faham maksud saya.

Panjang lagi kalau nak cerita, masih lagi kepenatan dan badan masih lagi sakit-sakit pasal tak biasa berjalan jauh dan pasal tak biasa duduk berjam-jam dalam pesawat, bagi mereka yang dah kerap ke luar negara, rasanya dah takde apa dah, dah biasa, macam naik bas ekspress jer agaknya, bagi saya yang pertama kali ke destinasi yang agak jauh ni memang terasa sangat keletihannya. IsyaAllah ada masa dan kesempatan saya akan sambug lagi…

Kuala Lumpur | London

April 18, 2009
© 2009 Wazari Wazir

© 2009 Wazari Wazir

Syukur Alhamdulillah, akhirnya setelah 12 jam dan 20 minit dalam penerbangan saya telah selamat sampai ke Heathrow Airport London tepat jam 5:30am waktu London, masih blur-blur lagi waktu sampai di sini, maklumlah first time sampai kat sini, orang kampung sampai di Kota Raya London, semua benda nampak menarik dipandang, memang sibuk di Heathrow ni, pelbagai jenis manusia yang boleh kita jumpa di sini. Saya bukannya keseorangan di sini tapi dengan sekumpulan Media yang bertugas atas urusan rasmi untuk negara tercinta. Beban yang dipikul memang berat, tapi insyaAllah akan dilaksanakan sebaik mungkin.

Lama sebenarnya kami transit di Heathrow ni, lebih kurang 12 jam, bukan takde flight line tapi kami terpaksa menunggu ketibaan sebahagian lagi delegasi dari Malaysia di sini, sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Santiago di Chile. Oleh kerana masa menunggu yang amat panjang, kami mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin sebentar di Kota London, pilihan terbaik kami ialah dengan menggunakan train ataupun lebih dikenali dengan “tube” di sini. Kami mengunakan “Heathrow Connect” dari airport untuk ke Central London, perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 min untuk sampai ke Paddington Station di Central London dengan tambang £6.90 untuk one way ataupun £13.80 untuk return ticket balik ke Airport, kami membeli return ticket kerana kami hanya akan keluar sebentar sahaja sebelum kembali ke airport dan meneruskan perjalanan ke Madrid dan seterusnya ke Santiago Chile.

Kami difahamkan perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 2 jam ke Madrid Spain dan 13 jam 30 min dari Madrid ke Santiago Chile, perjalanan yang amat panjang dan cukup memenatkan, tambahan pula dengan Time Zone yang berbeza-beza, sedikit sebanyak memeningkan kepala. Perbezaan waktu di Chile dan Malaysia adalah 12 jam, senang nak kira, kalau di Malaysia 8 pagi di Santiago Chile 8 malam. InsyaAllah ada masa saya sambung lagi.

Golden Friendship…

January 21, 2009

© 2009 Wazari Wazir

© 2009 Wazari Wazir