Archive for the ‘Uncategorized’ Category

I’ve Move Here WazariWazir.Com

December 29, 2009

© wazariwazir.com

Welcome to My New Blog WazariWazir.Com

Advertisements

Assignment | Langkawi

June 12, 2009
© Wazari Wazir

© Wazari Wazir

© 2009 Wazari Wazir

© 2009 Wazari Wazir

Sudah agak lama jugak saya tidak ke Langkawi, seingat saya kali terakhir saya ke langkawi adalah pada tahun 2001, masa tu saya cover LIMA 2001. baru kali ni dapat peluang untuk buat assignment di sana. Sebenarnya saya cuba untuk tolak assignment ni tapi memandangkan ramai rakan-rakan di opis terpaksa menghadiri kursus di Pangkor dan ada yang terlibat dengan tugasan lain, terpaksalah saya terima juga tugasan ni. Saya ditugaskan ke Langkawi untuk membuat liputan foto sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin ke Langkawi.

Assignment dapat last minit, sudah lewat petang, terpaksalah saya menguruskan dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan tiket flight untuk saya. Mungkin ramai di antara rakan-rakan tidak tahu dan di sini ingin saya kongsikan prosedur untuk mendapatkan tiket kapal terbang untuk membuat tugasan di luar kawasan. Mungkin ramai yang berfikir, dapat tugasan terus book tiket dan terbang, bukanlah semudah itu. Dalam masa yang amat singkat, saya terpaksa mengisi pelbagai jenis borang, dapatkan kelulusan dari Ketua Unit Foto, serta dapatkan persetujuan dari Pengarah atau Timbalan Pengarah Bahagian saya, dua tiga salinan jugakla kena buat, turun naik lif, dua tiga kali tu biasa la, lepas tu baru la pi jumpa pihak pengurusan sumber manusia untuk booked tiket flight. Itu baru untuk dapatkan kelulusan terbang dalam negara, kalau luar begara, memang agak rumit dan memeningkan  kepala, Kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian terpaksa diperolehi sebelum boleh membuat tugasan di luar negara.

Saya share ni bukannya apa, supaya rakan-rakan tahu, bukanlah semudah, “Just a phone call”, saya boleh terbang ke sana sini, kelulusan dari pihak pengurusan amat penting dan kalau bekerja dengan Kerajaan ni, yang paling utama sekali ialah dapatkan Surat Hitam Putih supaya tidak timbul perkara yang berbangkit. Selesai dapatkan tiket, satu hal lagi, kena call pihak pengurusan di Langkawi pulak, nak dapatkan maklumat terkini dan kalau boleh nak booked hotel sekali, maklumlah sempena cuti sekolah ni, kebiasaannya hotel di Langkawi agak penuh, so mana pulak nak tidur nanti, setakat sehari, bolehlah tidur di pejabat tapi kalau empat lima hari, terpaksalah cari hotel jugak.

Syukur Alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan dalam beberapa jam sahaja, maksud saya untuk mendapatkan tiket kapal terbang, balik rumah, kemas-kemas barang, esoknya terbanglah saya ke Langkawi. Tak semua orang pernah naik kapal terbang ke Langkawi, kepada yang punya ramai ahli keluarga, kebiasaanya mereka akan naik kereta dari Kuala Lumpur dan akan naik feri dari Jeti Kuala Perlis ataupun dari Jeti Kuala Kedah, lebih jimat rasanya kalau guna cara nie, lagipun boleh bersantai di sepanjang perjalanan, banyak jugak pemandangan boleh dilihat cuma mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke Langkawi. Flight dari KLIA ke Padang Matsirat di Langkawi hanya mengambil masa 55 minit sahaja, sepanjang perjalanan, kami hanya dibekalkan dengan makanan ringan sahaja oleh pihak MAS, nak makan  nasi dalam flight pun tak sempat pasal dekat sangat.

Syukur Alhamdulillah saya sampai di Langkawi dengan selamat, InsyaAllah ada masa saya sambung lagi…

KEM Fotografi

March 3, 2009
KEM FOTOGRAFI 2009

KEM FOTOGRAFI 2009

Baru-baru ini saya telah pun dihubungi oleh saudara Black, tujuan utamanya untuk menjemput saya menjadi sebahagian dari tenaga pengajar untuk KEM Fotografi ini. Kerap kali juga saudara Black menghubungi saya dari Pulau Pinang, beliau juga telah turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan saya dan rakan-rakan Black yang lain, saya memang kagum dengan kesungguhan beliau, terharu pun ada juga di hati saya bila saya dijemput sedangkan masih ramai lagi jurufoto yang hebat-hebat di Malaysia ni, tapi dengan niat untuk berkongsi pengalaman saya terima dan saya kagum dengan kesungguhan Black.

Bukan senang untuk menganjurkan program sebegini, dengan zaman ekonomi yang tidak menentu, maka ramai juga dikalangan photographer yang mengambil sikap berjimat cermat. Bagi saya untuk menambahkan ilmu dan untuk menambahkan lagi nilai diri kita, seharusnya kita memperbanyakkan ilmu di dada. Saya ambil contoh wedding photographer yang tumbuh subur bagai cendawan selepas hujan  di Malaysia ni, bagaimanakah cara terbaik untuk kita “stand out among the crowd”, apakah dengan memberi pakej termurah untuk menarik perhatian pelanggan, kalau inilah sikap kita maka, sukar untuk kita mengecap kemajuan, wedding photographer sepenuh masa akan tewas kepada jurufoto perkahwinan separuh masa, sebabnya jelas dan mudah, wedding photographer separuh masa tidak akan menjejaskan ekonomi mereka kalau meletakkan harga yang rendah kerana mereka punyai pendapatan yang tetap, lima dan enam ratus per wedding pun mereka boleh buat, asal lepas bayar bil itu dan ini.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah kita perlu menambahkan nilai pada diri kita, menjadikan produk kita agak berlainan dari “competitor” kita, apa uniknya kita untuk membezakan hasil kerja kita dengan orang lain, apa perlunya pelanggan memilih kita sedangkan mereka ada banyak pilihan, sekiranya kita mampu untuk menghasilkan sesuatu yang unik maka, insyaAllah kita akan terus maju ke depan, ianya memang akan mengambil masa untuk membina nama tetapi kita perlu konsisten, rajin-rajinlah menambah ilmu di dada, jangan asyik sibuk “mengupgrade” equipment tetapi lupa untuk menaik tarafkan ilmu serta kemahiran di dada, kalau asyik sibuk nak mengupgradekan equipment kita akan tewas kepada mereka yang mampu, yang punya poket yang tebal. Kesimpulannya tambahlah pengetahuan di dada, ada banyak perkara yang kita boleh buat dengan peralatan yang kita ada seandainya kita gunakan sepenuhnya.

Saya akan memberikan tutorial mengenai “Basic Editing Photoshop”, hanya membabitkan perkara-perkara asas untuk menaiktarafkan mutu gambar. Apa yang penting saudara dan saudari sekalian perlulah sentiasa meluangkan masa untuk bereksperiment sendiri dengan pelbagai teknik yang ada dalam Photoshop, untuk pengetahuan semua, hampir setiap hari saya menghabiskan masa berjam-jam bermain dengan photoshop, bukan untuk duit tetapi kerana minat yang mendalam. Cuma satu perkara yang ingin ditekankan di sini, bagi saya Photoshop adalah alat untuk menaiktarafkan gambar bukan untuk memperbaiki gambar yang rosak atau menyelamatkan gambar yang kurang kualiti. Perlu diingatkan untuk mengedit gambar supaya kelihatan hebat, sumber gambar itu juga perlu hebat, perlu bagus dari segi komposisi dan pencahayaan sebagai contoh, “get it right first in your camera” lepas tu baru kita “enhance” gambar tersebut. Bagi saya ada dua teknik editing dalam photography ni, “Image Manipulation” dan “Image Enhancement” namun kekadang kedua-duanya ada dalam teknik editing kita, ada sesetengah gambar kita perlu untuk “manipulate” to make it look great. Cuma yang kita tak dibenarkan untuk manipulate ialah gambar Photojournalism atau Fotografi Kewartawanan, hanya basic editing yang dibenarkan, Reportage Photographer ada Kod Etika Kewartawanan yang perlu dipatuhi untuk tidak memesongkan fakta sedia ada.

Portraiture @ Jonker Street Malacca

January 27, 2009
Portraiture @ Jonker Street Malacca

© 2009 Wazari Wazir

Happy New Year…

December 31, 2008
© 2008 Wazari Wazir

© 2008 Wazari Wazir

 Times really flies if we enjoy our life, I guess, just few hours after I write this post, it’s 2009 already, I’m looking forward a very enjoyable year ahead especially in term of my photographic journey, I admit that since my son was born, I was not going out so much, by nature I was an outdoor kind of person but when my son was born, I’m so much happy at home, I feel so much enjoyable to take a picture of my son, almost on a daily basis, but now my son is growing up already, very hard and not so easy to photograph, and I think it is the right time for me to venture out new possibilities to explore the world with photography.

Starting Feb next year I will be climbing Mount Kinabalu for the third times, and this time, it is purely driven by photography not by desire to scale the mountain, to be on top of the summit is not my priority but to photograph it beautifully is my number one responsibility.

Hello world!

December 28, 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!